Monday, May 28, 2012

Syukur alhamdulillah, di atas izin Allah, saya telah melakukan yang terbaik di dalam tahun 2011. Segala yang berlaku adalah di atas izinNYA demi kepentingan ibu-ibu tunggal di bawah program-program yang telah saya anjurkan.

Monday, May 21, 2012

Penaja Program Kanak-kanak

Gambar Ihsan Google
Saya jarang mencari penaja untuk program-program saya. Mereka adalah nama yang gah, mampu menguasai semua agenda. Kali ini saya demand sehabis baik dengan penaja program kanak-kanak yang menghubungi saya. Jika permintaan saya tidak dituruti, dengan ikhlas hati saya undur diri. Kanak-kanak bukanlah barang permainan. Mereka punya hati dan perasaan. Sinar mata mereka mampu membuat kita menangis.

Di antara Kasih Sayang Lelaki dan Ahli Keluarga Kita

Kasih sayang seorang lelaki boleh bertukar ganti, tetapi kasih sayang darah daging sendiri adalah tiada galang ganti. Andai wanita ingin berkahwin atau berkahwin semula, pastikan bakal suami adalah berfikiran terbuka. Mereka boleh menerima ibu dan anak-anak kita (sekiranya ada). Syurga di bawah tapak kaki ibu. Anak-anak pula, bila hati terguris, parutnya lambat sembuh. Tinggalkan lelaki yang memaksa kita putus kasih dengan darah daging kita.

Kelas Urutan Terapi Diri Dan Anatomi

Kelas Urutan Terapi dan Anatomi akan diadakan pada :-

Tarikh   : 26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa     : 9.30 am - 5.00 pm
Tempat : 2766 Mezzanine Floor, Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Ulu Kelang.
              Berdepan dengan Giant Taman Permata

Di dalam kelas ini, anda akan belajar urutan terapi diri (kenali anggota badan anda sendiri) dan belajar sistem anatomi. Anda juga turut belajar tentang fungsi urat saraf dan beberapa penyakit yang  boleh disembuhkan dengan urutan terapi ini.

Kepada mereka yang berminat, bolehlah berhubung dengan saya, di 017-2094 924.

Kelas ini akan dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar professional, Puan Aida Hassan.

Yuran pendaftaran untuk ibu tunggal ialah RM100.00 dan bukan ibu tunggal ialah RM150.00.